Monday, September 1, 2014

Bagaimana nak ajar anak makan sayur?

Assalamualaikum.

Mesti ramai ibu-ibu ada masalah nak galakkan anak makan sayur kan?
Lagi-lagi yang picky eater.

Teringat masa Zara umur 6 bulan. Masa tu memang excited nak sediakan makanan utk zara. Googling dan searching segala macam resepi. Hehe.

Oh ya, nak bg baby start dengan solid food hanya bila dorang dah umur 6 bulan ye. Digestion system dorang tak cukup kuat lagi.
Usus masih baru nak develop.
Slowly tau..

Untuk yang baru belajar nak makan, memadai sediakan 1 jenis hidangan untuk sekurang2nya 3-4 hari. Ini untuk mengetahui dan detect samada baby ada alergic ke tidak dgn food tu.
Sakit perut ke, sembelit ke, cirit ke. Boleh rujuk sini untuk tahu lebih lanjut tentang 4 days rule.

Since kita mmg berhajat nk tgk baby suka sayur dan buah dari kecik sampai ke besor.
Mula bagi dari umo 6 bulan ni. Dorang ni belum develop taste bud lagi. Garam dan any perisa tambahan tak perlu letak. Selepas umur setahun boleh la letak sikit garam dalam masakan..

1. Steam atau rebus buah dan sayur.

Contoh sayur, carrot, brocolli, cauliflower, steamkan. dan blend atau lecek.
Suap baby. Berselang dgn air masak. 6 bulan dah boleh minum air masak. Utk elak bby sembelit. Satu sudu makan, satu sudu air. Dan make sure bila buat bubur nasik, masukkan sayur sekali  selain protein, ayam/ikan/daging:)

2. Untuk zara ayu buat jugak finger food/makanan jejari dia. Tak perlu kot bagi baby biscuit yang ada di pasaran. Jadikan finger food buah dan sayur ni sebagai snacks for baby. Makanan kat pasaran mmg mudah nak bagi. Beli, bukak, suap. Tapi manis, banyak gula, ada perisa tambahan, ada bahan pengawet which is not good for baby at all. Homemade food is the best. Lagi-lagi dari air tangan ibu=)

Potong panjang carrot. Brocolli, sesuai untuk dipegang baby, Dengan tu takde lah kita kena sorok-sorok rupa paras sayur kan. Nyata-nyata dari kecik dorang dah tahu. Biar baby makan sendiri tapi ibu kena monitor takut tercekik. Umo 6 bulan make sure lembut tekstur finger food ni. Bila dah masuk umur 9 bulan, dah boleh bg tekstur yg lebih kasar, contoh kalau rajin boleh buat nugget :)

3. Selalu tunjuk gambar sayur-sayur. Jenis sayur. Dorang ni nampak je memang tak tahu apa-apa sebab kecik lg. Tapi dorang cepat dapat, hari-hari tunjuk, dorang keep in mind. Cerita kebaikan sayur. Cite upin ipin yang episod tentang sayur tu pun bagus sangat. Yang kak ros tetiba kepala bertukar jadi tomato tu:)

Same goes to buah-buahan.

Buah yang terus boleh lecek dan makan.
Pisang, betik, naga, avocado

Buah yang perlu disteam dan blend
Apple, nactarine, pear dll

InshaaAllah sampai besor suka sayur dan buah kalau dari kecik diajar..

Good luck mommies..


Peminat tegar buah

~Terima kasih sudi baca dan maaf takde gambar, sbb semua gamba dalam hp lama:) ~

LOVES, Ayu

No comments:

Post a Comment