Thursday, September 4, 2014

Bila ibu sakit..


Baru bertanya khabar dengan sorang sahabat lama.
Tapi sentiasa berhubung..

Tersentuh hati bila mengetahui beliau menjaga emak yang sedang sakit.
Emak hanya satu. Tiada ganti.
Tapi bila dah berkahwin kehendak suami pun perlu dituruti.
Ditambah kehendak keluarga yang meruntun-runtun, menggesa-gesa beliau supaya mengambil tugas menjaga emak yang uzur. Dan ayahnya bru meninggal beberapa hari sebelum Syawal yg lepas..

Untuk menjaga ibu beliau terpaksa tinggalkan suami. Hospital di KL dan beliau di kampung.
Antara ibu dan suami.
Terlalu payah untuk membuat keputusan.
Belum bekerja.
Di usia beliau saya jangka beliau sudah punya kerjaya yang stabil dan keluarga yg bahagia.
Saban masa saya mendegar keluhan dia yg teringin sekali utk berhijrah ke KL.
Di sini banyak peluang kerja.
Keluarga yg menekan dan tak pernah faham apa yg dia inginkan dlm hdp.
Anak bongsu yg menjadi 'bahan' untuk kakak abang untuk melupakan tanggungjawab mereka.
Sehingga ibu dalam keadaan sakit yg amat sgt berhajat utk melihat dia mendapat pekerjaan yg dia impikan. Ibu mana yg tak sedih melihat ms dpn anak sndri yg masih kabur...
Salah siapa...
Kakak?
Abg?
Mengongkong masa depan adik sendiri gara-gara pelbagai alasan utk menjaga ibu?

Sy terfikir bukan ke patut si abg yg menjaga.
Tugas menjaga ibu tanggungjwb si anak lelaki.
Tapi bak kata sy pd sahabat ini, selagi mak masih hdp berbaktilah.
Syurga menanti. InshaaAllah..
Biar pedih dan berkecil hati dengan layanan abg dan kakak, bersabarlah.
Pasti ada sinar menanti.

Seorang ibu, sanggup, tak pernah berkeluh kesah, tak pernah merasa beban menjaga 12-13 anak.
Tapi bila sampai waktu si ibu uzur dan takde upaya lagi, anak-anak saling bertolak memberi 1001 alasan tak mampu tunaikan tanggungjwb utk si ibu...

Ya Allah mohon jauhkan kami dari situasi sebegini.
Sesungguhnya kami hambaMu yg lemah lg kerdil.
Terlalu banyak kelemahan dan sering melakukan kesalahan.
Tetapi jgn sesekali hilangkan perasaan sayang dlm hati kami pd ibu kandung kami sendiri walau apa jua keadaan..

Amin Ya Rabbal Alamin.

Untuk sahabat sy jika membaca, kuatkan lah hati dan sentiasalah bersabar.
Tiada apa yg lebih lg sy mampu katakan.


Make ur anger so expensive so people can afford it.
Make ur happiness so cheap so people can get it for free..

Loves, Ayu

No comments:

Post a Comment