Tuesday, September 9, 2014

Kelebihan Solat Tahajjud

Solat yang dilakukan di sepertiga malam.
Dan sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan 1 salam.

Niat :
Sahaja aku solat sunat tahajjud (2) rakaat tunai kerana Allah Taala
Ushollii sunnatat tahajjudi rak’ataini lillaahi ta’aalaa

niat sholat tahajud

Solat tahajud ialah satu daripada solat sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding solat sunat yang lain.

Solat tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Amalan solat tahajud bukannya hanya diamalkan umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja malah turut diamalkan oleh umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja.

Kurniaan di dunia ialah :
1)      Jauh daripada segala penyakit
2)      Lahir kesan takwa pada wajahnya
3)      Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
4)      Percakapannya mengandungi hikmah
5)      Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat kurniaan di akhirat ialah :
1)      Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang berseri-seri
2)      Dipermudahkan hisab
3)      Cepat melalui Sirat al-Mustaqim- seperti kilat
4)      Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat dengan tangan kanan

Memang syahdu bila berpeluang bangun malam dan solat tahajjud. Perasaan sangat tak dapat nak gambarkan. Tapi bukan senang jugak nak bangun. Sebelum tdo kuatkan azam utk bangun tahajjud. Kdg2 bunyik alarm handphone pun masuk dalam mimpi. Memang tdo tak sedar apa. Anugerah kalau terjaga malam dan terus ambik wudhuk.

Sebaiknya selepas tahajudd solat witir sekurang-kurangnya 1 rakaat, sebagai penutup.

Selamat beramal & semoga bermanfaat:)

Loves, Ayu

No comments:

Post a Comment