Thursday, September 11, 2014

Resepi Donut Mudah

Jom harini Ayu nak share resepi donut. Mudah je.
Bahan pun tak banyak pakai. Semua yg ada kat rumah je.
InshaaAllah buat sekali mesti rasa nak buat lagi.
Sebab lembut sgt donut ni. Dan inshaaAllah sedap:)
Zara pun suka.

Bahan-bahan
1) 3 cawan tepung gandum
2) 1 cawan air suam kuku
3) 1 pek yis mauripan
4) 2 sudu besar butter
5) 3 sudu besar susu pekat manis
6) 6 sudu besar gula pasir
7) 1 biji telur

Steps
1. Cairkan butter atas api dan ketepikan
2. Masukkan gula dalam air suam dan kacau sampai hancur. Masukkan yis dan susu pekat manis dan biarkan 10 minit sampai yis berbuih.
3. Pecahkan telur dan pukul bersama butter.
4. Setelah 10 min, masukkan telur dan campuran butter dalam yis yg berbuih tadi.
5. Tuang sikit-sikit (No 4) dlm adunan tepung. Kacau dengan senduk kayu sampai jd doh,
6. Tutup adunan dan biar selama 45 min sampai adunan mengembang
7. Setelah 45 min, bulatkan adunan dan tekap menjadi bentuk donut. Adunan agk lembik, bykkan tepung ditangan semasa buat doh. Ayu suka donut ball senang keje.
8. Goreng seperti biasa dan alih-alihkan donut supaya warna sekata
9. Angkat donut dan taburkan gula halus atas donut.

Siap!!
Sedap dimakan panas-panas.
Ayu guna gula halus sbb tak kuat makan manis.
Guna gula biasa pun ok je:)

Kalau nk frozen, goreng kejap je atas api donut ni. Bertujuan utk matikan yis tu je. Pek dan simpan dlm fridge bahagian atas. Bila nak makan goreng je dan tabur gula.
Sonang keje:)

Selamat mencuba !!

LOVES, Ayu

No comments:

Post a Comment