Monday, September 1, 2014

Resepi Kuih Keria dan Karipap Mudah:)

Weekend yang hanya memenuhi undangan majlis kenduri.
2 majlis aqiqah dan 1 majlis kenduri kahwin.

Alhamdulillah:)

Sabtu selepas selesai majlis kenduri hubby suruh buat nasik lemak je. Memang minggu ni tatau dah bape kali makan nasik lemak. Memang menu pilihan en hubby nasik lemak minggu ni hehe.

Konon last week rajin nak buat cream puff dan kuih ketayap. Mood tak sampai. Ehem-ehem.
Ahad tak ke mana cuma pergi barang dapur dan kami memilih untuk berehat di rumah. Mengemas dan mendobi baju.

Sempat ambik 2-3 ketul sweet potato/keledek manis di aeon.
Petang takde apa nak buat. Gentel-gentel kuih keria. Kuih paling mudah di dunia untuk orang yang tak bape nak rajin:D
Tada..

Nak resepi?

Ok, ini 1st time ayu buat. Itupun tgk mil buat ritu. Sbb senang sgt sesuai dengan tahap kerajinana ayu.

Bahan-bahan
Keledek
Tepung
Garam

Cara-cara
1. Rebus keledek sampai lembut.
2. Lecek keledek.
3. Campurkan dengan tepung. Letak garam sikit. Then uli. Tepung tak perlu banyak nanti keras.
Agak-agak boleh uli je.
4. Bulat kan. then leperkan buatkan lubang di tengah. Kata hubby ayu sedap buat kecik-kecik. So ayu buat kecik-kecik:)
5. Goreng . Rajin balik-balikkan supaya warna sekata dan masak dengan cantik.
6. Angkat dan ketepikan


Untuk sira gula,
1. Masukkan ari anggaran 3-4 sudu. Gula agak-agak. Ayu letak 6 sudu.
2. Teruskan kacau air gula supaya tak hangus.
3. Tunggu sampai berbuih dan agak kering dan pekat.
4. Masukkan kuih keria dan kacau sampai gula bertali dan melekat di kuih.
5. Sedia dingap masuk mulut:)

Zara makan habis dua ketul. Papa makan berketul-ketul:)

Isnin pagi, kami gi 2 kenduri. Pagi ayu try buat kuih cakoi. Tapi tak berapa nak lawa rupa paras. Kalau ada resepi yang menjadi ayu share:)

Petang lepas balik kenduri, zara takmo tdo. Ayu buat karipap. Kesian tgk zara makan karipap kat kenduri pedas, so karipap ayu buat memang xpedas lgsung. Habis 2 bijik zara hentam



Resepi Karipap

Inti karipap
1. Tumbuk baawang putih, bawang merah. Then tumis dengan minyak
2. Kalau nak boleh blend udang/bilis. Ayu letak ayam yang dihiris kecik
3. Letak cube ayam sikit
4. Masukkan rempah kurma. Sebab taknak buat pedas. Boleh ganti rempah kari
5. Masukkan kentang yang dipotong cube.
6. Garam sikit dan daun sup daun bawang kalau nak.
7. Biar sampai kentang empuk dan kuah pekat dan kering.
8. Angkat dan sejukkan.

Sementara tunggu inti sejuk, buat kulit karipap

1. Masukkan tepung gandum dalam mangkuk.
2. Masukkan butter dan garam
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Ayu guna air sejuk dlm fridge. Ikut resepi mak, untuk bagi karipap tu rangup:)
4. Uli sampai jadi doh dan tak melekat kat tangan.
5. Bentul bulat dan leperkan. Letak inti dan kelim. Ayu kelim sendiri. Boleh jugak nak kelim guna kelim karipap:)


Boleh goreng...then ngap!!

Selamat mencuba:D







No comments:

Post a Comment