Sunday, September 21, 2014

Kebaikan Membaca Surah As-Sajdah

Surah ke 32 dalam Al-Quran.
Ada 30 ayat. Tak panjang.

Hasil google Ayu tentang Surah As-Sajdah..

Kebaikan membaca Surah As-Sajdah

1- Mendapat pahala seperti solat ketika Lailatul Qadar.
2- Dikuatkan keIslaman dan tauhidnya.
3- Mendapat ilmu yang benar.

Sabda Rasulullah (yang bermaksud) :
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.”

Allahuakbar..belum tentu seumur hidup kita dapat bertemu malam LailatulQadar..

4- Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; “Tidak ada kesusahan bagimu.”"

5- Merupakan amalan Rasulullah setiap malam (di samping surah Al-Mulk).
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata (yang bermaksud):
”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk”

6- Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) :
“Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda.”

7- Dikurniakan nur (cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.

8- Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

9- Surah yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat Subuh pada hari Jumaat (di samping surah Al-Insaan).

“Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” As-Sajdah dan “Hal Ata ‘Alal Insaan” Al-Insaan
(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

10- Merupakan salah satu surah Al-Munjiah.

Al-Darimi menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:
“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.”

Ya Allah..besarnya kebaikan yg kita dapat dgn amalan surah As-Sajdah.
Rugi kalau kita tak ambik peluang ini...
Jangan biarkan Quran berhabuk dan dipandang saja..
Jadikan rutin inshaaAllah kita akan biasa..

Peringatan untuk diri Ayu sendiri:)
Hanya insan biasa yg penuh dengan dosa...
Ayu..

No comments:

Post a Comment